Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

link ke sazli ansari

[Sila Klik] untuk membaca tinta dari Mudir/Pengetua MTIAA

Monday, November 21, 2011

KEM Remaja Pondok

Kem Remaja Pondok akan diadakan selama 12 hari bermula dari 28/11/2011 hingga 9/11/2011. Kepada ibubapa yang berminat boleh menghantar anak ke Maahad Tarbiyah Islamiyah al Ansar pada petang Ahad (27/11/2011) sebelum jam 6 petang.

Sebarang pertanyaan sila hubungi : 0193391702 (Ust Sazli)


Objektif Program:

Membentuk Sahsiah Diri Pelajar dengan Pentarbiyahan Islam

Tuesday, November 15, 2011

Malam Satay

Setelah 3 hari berturut-turut anak-anak pelajar lelah menguruskan lembu-lembu Qurban, mereka meraikannya dengan program membakar satay beramai-ramai pada malam 14 Zulhijjah.

Anak-anak pelajar muslimat juga turut membakar satay. Mereka dibahagikan mengikut usrah.



Wednesday, November 9, 2011

Terima Kasih kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)

Para tetamu sampai seawal jam 9 pagi dan menikmati sarapan pagi sebelum memulakan kerja-kerja melapah dan memasak.




Majlis perasmian penutup yang disisipi dengan penyampaian sumbangan kepada pelajar berupa buku teks untuk sesi persekolahan 1433H
Mudir bergambar bersama En Jamal Nasir Khan B Hj Ghulam (Pengurus Besar Sumber Manusia PLUS serta En Razali)


Group photo bersama tetamu PLUS

BerINGAT!

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Tuesday, November 8, 2011

Eidul Adha 1432H

Seramai hampir 200 orang pelajar serta ustaz, ustazah, mualim, mualimah, orang kampung, ibubapa dan alumni mendengar khutbah EidulAdha 1432H dari Ustaz Osman Hamzah.




Antara lembu-lembuyang bakal dikorbankan



Pelajar-pelajar bersama guru bergotong-royong menyediakan 600 biji ketupat, 50 batang lemang serta ketupat palas.


Ust Zulazizi yang bersemangat bersama pelajar dalam menyediakan juadah raya.


3 ekor kambing yang bakal dikorbankan.


Senyuman Ust Ali yang bakal mengakhiri zaman bujangnya