Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

link ke sazli ansari

[Sila Klik] untuk membaca tinta dari Mudir/Pengetua MTIAA

Monday, February 15, 2016

 Nasihat Luqmanul Hakim kepada Anak - Anak :


1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk meninggalkan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.” 

2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada 
Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan 
untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah 
kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), 
tentulah engkau akan terlepas dari sifat
 berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.” 

5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”


Nota : Moga setiap bait kata ini memberi inspirasi baru untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.

"Meneruskan Perjuangan Ulama"

Thursday, February 11, 2016

PROGRAM HARI INI :

Alhamdulillah,

Maahad Tarbiah Islamiah Al - Ansar hari ini telah berjaya
menganjurkan "Bengkel Penulisan Jawi".

Bengkel yang disertai oleh pelajar Tingkatan 3,4 dan 5 ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Terima kasih kepada tenaga pengajar dan semua guru yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat diamalkan dengan sebaiknya oleh para pelajar.

"JAWI : Khazanah Warisan Ketamadunan"

*Nantikan sedikit sharing ilmu jawi dari admin untuk anda semua :)

Monday, February 1, 2016

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBU BAPA :

*19 - 21 Februari 2016 merupakan tarikh cuti bulanan pelajar.
*Semua pelajar di wajibkan pulang ke rumah masing - masing.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk pada Pengetua Maahad di talian : 019-3391702

"Meneruskan Perjuangan Ulama"