Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

link ke sazli ansari

[Sila Klik] untuk membaca tinta dari Mudir/Pengetua MTIAA

Monday, February 1, 2016

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBU BAPA :

*19 - 21 Februari 2016 merupakan tarikh cuti bulanan pelajar.
*Semua pelajar di wajibkan pulang ke rumah masing - masing.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk pada Pengetua Maahad di talian : 019-3391702

"Meneruskan Perjuangan Ulama"

Monday, January 25, 2016

Sambutan 40 Tahun Maahad Al - Ansar



InsyaAllah pada 1 Mei 2016, Maahad Tarbiah Islamiah Al - Ansar akan mengadakan sambutan 40 Tahun Maahad.



Maahad yang telah berdiri mekar di Kuala Selangor
ini telahpun melahirkan ribuan pendokong
agama islam yang insyaAllah
akan terus berbakti untuk agama ini.



Sambutan 40 tahun ini merupakan bukti betapa Maahad
ini telah istiqomah dengan usaha gigih untuk memastikan
anak - anak bangsa tidak mengira latar belakang terdidik
dengan didikan islam yang sebenar dan sempurna.





Tanpa penat dan jemu, Maahad Tarbiah Islamiah yang telah diasaskan oleh Ustaz Zakaria Ansari ini akan terus mengorak langkah kehadapan dan menyuburkan lagi didikan islam di bumi Selangor secara Amnya dan di Kuala Selangor ini secara khususnya.

Monday, July 6, 2015

MAKLUMAN: CUTI EIDULFITRI

Perhatian kepada semua ibu/bapa:

1. MTIAA akan bercuti bermula dari 11/07/2015 hingga 26/07/2015
2. Ibubapa boleh mengambil pelajar pada 10/07/2015 selepas jam 12 tengahari. Pelajar wajib diambil selewat-lewatnya sebelum jam 6 petang
3. Pelajar wajib dihantar semula masuk asrama pada 26/07/2015 bermula dari jam 4 petang hingga jam 6.30 petang




Pentadbiran MTIAA

Benar janji Allah bagi mereka yang besabar. Tahniah anak-anak pelajar MTIAA

Alhamdulillah, berkat dari kesabaran anak-anak pelajar di atas ujian Allah swt. Akhirnya anak-anak ini telah dapat asrama yang lebih baik serta selesa.

[ Gambar yang di atas adalah gambar terbaru, manakala gambar di bawah ialah gambar bilik usrah (dorm) setelah dilanda ribut pada 17/04/2015


Wednesday, June 17, 2015

Sambutan Hari Guru / Murabbi MTIAA



Terima kasih kepada anak-anak pelajar yang walaupun telah terlewat dari tarikh sebenar namun tetap istiqamah untuk meraikan para asatizah dengan Sambutan Hari Guru pada 16 Jun 2015.

Beberapa gelagat asatizah serta anak-anak pelajar. Alhamdulillah, meriah!. SIRUALABAROKATILLAH!














Wednesday, June 10, 2015

Selamat bercuti anak-anak ku!!!

Selamat bercuti anak-anak ku,

Selamat menjaga solat anak-anak ku,

Selamat menjaga solat jamaah anak-anak ku,

Selamat memelihara al-Quran di dada dan hati mu anak-anak ku,

Selamat menjaga solat dhuha anak-anak ku,

Selamat beristiqamah dengan zikr mathurat anak-anak ku,

Selamat istiqamah dengan ilmu dlm setiap saat hidup mu anak-anak ku,




Beristiqamahlah hingga mencapai kejayaan!!!

Ujian Allah buat warga Maahad



Antara kerosakan yang berlaku akibat ujian ribut yang berlaku pada 17/04/2015