Maahad Tarbiyah Islamiyah Al Ansar

link ke sazli ansari

[Sila Klik] untuk membaca tinta dari Mudir/Pengetua MTIAA

Wednesday, November 17, 2010

Kemeriahan Eidul Adha

3x اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ.

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Eidul Adha 1431H, disambut meriah oleh pelajar-pelajar MTIAA bersama guru-guru. Apa yang menjadi suatu keanehan, bekas-bekas pelajar juga turut membanjiri MTIAA untuk turut serta beraya di sini. Kebanyakkan dari mereka telah beranggapan bahawa MTIAA adalah kampung mereka. Dalam kesibukan seusia dengan meraka berpusu balik ke kampung masing-masing untuk beraya bersama keluarga. Tetapi mereka sebaliknya. Hadir ke MTIAA beraya bersama guru-guru dan adik-adik pelajar.

Sejak dari petang raya lagi pelajar sibuk menganyam ketupat serta menyediakan buluh lemang. Malamnya mereka sibuk bertakbir hingga ke subuh serta bergotong-royong memasak ketupat dan membakar lemang. Sebaik selepas solat Eiduladha, 2 ekor kambing dan 3 ekor lembu dikorbankan. Turut serta ibubapa pelajar dan penduduk kampung.
















No comments:

Post a Comment